Pergerakan Puteri UMNO Kemaman

My photo
Kemaman, Terenggganu, Malaysia
Generasi Prihatin - Prihatin Berilmu Email - pu3kemaman@yahoo.com.my

Ucapan Aluan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang sudi melayari blog pu3kemaman.

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnianya terhasil juga blog Puteri UMNO Bahagian Kemaman yang tidak seberapa ini. Namun saya berharap dengan wujudnya blog ini akan dapat menarik minat semua generasi wanita muda di setiap negeri untuk menyertai Pergerakan Puteri UMNO disamping mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Segala aktiviti yang telah berjaya diadakan oleh Puteri UMNO Bahagian Kemaman akan dipaparkan dalam blog ini. Sekiranya ada pandangan, komen, cadangan aktiviti bolehlah dislotkan dalam bahagian komen mahupun jomborak untuk dikongsikan bersama.

Setiap komen yang diberikan akan diterima dengan positif bagi membaiki mutu hasil kerja kami.

Sekian, terima kasih

PENGUMUMAN



DANA BAKTI REMAJA

DUN CUKAI - 5 - 7/04/2010 KOMPLEK BELIA DAN SUKAN MAK LAGAM.

BERITA UTAMA

Napoleon Kecil PKR Fitnah Apa Saja – Choo Keong

AHLI parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (PKR) mendedahkan perangai buruk “Napoleon Kecil” dalam partinya yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk pembohongan terancang dengan “superimposed” gambar dan diterbit dalam internet untuk tujuan memfitnah dan mengaibkan tokok politik negara. Tindakan fitnah ini, tegas Choo Keong, diakui oleh Napoleon Kecil tertentu dalam PKR tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Sebaliknya, ujar beliau, tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin PKR yang lain atas perkara yang remeh temeh.[berita penuh...]









RENCANA ATAU PENDAPAT

Rencana & Pendapat2 Pembohongan 16 September
DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.”Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,” itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut. Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada PKR pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.

Saturday, June 27, 2009

AKTIVTI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KEMAMAN

MAJLIS HARI RAYA PUTERI UMNO BAHAGIAN KEMAMAN 2009

Alhamdulilah akhirnya berjaya juga majlis Hari Raya kali nie....cukup meriah dengan kehadiran cukup memberangsangkan....majlis ini dijalankan di Bangunan UMNO Bahagian Kemaman bermula jam 12.00 - 2.00 ptg. Semoga semua berpuashati dan menikmati juadah dengan enaknya.


sibuk melayan tetamu

Ketua Puteri bersama jemputan yang hadir

Amboi...GG sempat lagi bersama anak buahnya Dun Kemasek

Banyaknya bercerita cik pija kita nie...gosip lah tuu

Gambar Kenagan AJK Puteri UMNO Bhg Kemaman
Manis-manis semuanya

-------------------------------------------------------------------------------------------------
PERJUMPAAN YB DATO SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN ( PENGERUSI BADAN KEPIMPINAN UMNO NEGERI TERENGGANU DENGAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN TERENGGANU



-------------------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM BANTERAS RAGUT & ROGOL & TABUNG B2R
DI KUALA LUMPUR


Program ini diadakan khas untuk membanteras ragut dan rogol yang kini semakin berleluas, dengan adanya tabung B2R sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mangsa dan keluarga. Semasa perlancaran ini juga pelbagai aktivit dijalankan seperti seni mempertahankan diri....dan tidak lupa juga ada perlawanan bola jaring dan semestinya Puteri UMNO Kemaman tidak akan lepas peluang, Tahniah diucapkan kepada semua pemain bola jaring Puteri UMNO Kemaman yang mendapat tempat ke 2. Hebat jugak.........





-------------------------------------------------------------------------------------------------
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KEMAMAN KALI KE 8 2009

Alhamdulilah, selesai dengan lancarnya mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman kali ke 8 2009 dengan jayanya....pelbagai usul dan pandangan yang bernas diutara oleh wakil puteri setiap ADUN, SYABAS kini puteri semakin mantap, berani dan berwawasan, jom jenguk2 koleksi yang ada masa mesyuarat kali ke 8 ini.....







----------------------------------------------------------------------------------
Tempat: Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu
Penglibatan: 188 orang AJK Pemuda & Puteri UMNO Bahagian di Seluruh Terengganu.
Perasmian Penutup: Ybhg En Wan AhmadNizam bin Wan Abd Hamid
(SUP MB Terengganu)

Rumusan:
Program yang diadakan berjalan dengan lancar dan betul-betul bermanfaat kepada jawatankuasa Pemuda dan Puteri Bahagian di seluruh Terengganu. Program julung-julung kali diadakan di bawah kepimpinan Pemuda & Puteri UMNO Terengganu yang baru ini bukan sahaja dapat memantapkan ilmu perjuangan malahan yang lebih utama dapat merapatkan hubungan sesama Bahagian UMNO di seluruh Terengganu di peringkat Pemuda & Puteri yang rata-ratanya terdiri daripada muka-muka baru. Kesepaduan dan kesatuan amat jelas terpancar dikalangan jawatankuasa Pemuda & Puteri Bahagian di Seluruh Terengganu.







2 comments:

  1. Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

    ReplyDelete

  2. Terrific post! Love your work!
    Branding Agency Malaysia Rebrand specialise in website design, e-commerce solutions, digital marketing, branding strategy and much more. We strongly believe that having a high-quality website doesn't necessarily need to cost a huge sum of money. Hence, we are a group of professionals that came together with a goal in mind: to deliver excellent web designs that provide value to our customers that range from startups to enterprises and large organisations.
    Web Design Malaysia
    Web Design KL

    ReplyDelete