Pergerakan Puteri UMNO Kemaman

My photo
Kemaman, Terenggganu, Malaysia
Generasi Prihatin - Prihatin Berilmu Email - pu3kemaman@yahoo.com.my

Ucapan Aluan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Datang saya ucapkan kepada semua yang sudi melayari blog pu3kemaman.

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnianya terhasil juga blog Puteri UMNO Bahagian Kemaman yang tidak seberapa ini. Namun saya berharap dengan wujudnya blog ini akan dapat menarik minat semua generasi wanita muda di setiap negeri untuk menyertai Pergerakan Puteri UMNO disamping mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Segala aktiviti yang telah berjaya diadakan oleh Puteri UMNO Bahagian Kemaman akan dipaparkan dalam blog ini. Sekiranya ada pandangan, komen, cadangan aktiviti bolehlah dislotkan dalam bahagian komen mahupun jomborak untuk dikongsikan bersama.

Setiap komen yang diberikan akan diterima dengan positif bagi membaiki mutu hasil kerja kami.

Sekian, terima kasih

PENGUMUMAN



DANA BAKTI REMAJA

DUN CUKAI - 5 - 7/04/2010 KOMPLEK BELIA DAN SUKAN MAK LAGAM.

BERITA UTAMA

Napoleon Kecil PKR Fitnah Apa Saja – Choo Keong

AHLI parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (PKR) mendedahkan perangai buruk “Napoleon Kecil” dalam partinya yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk pembohongan terancang dengan “superimposed” gambar dan diterbit dalam internet untuk tujuan memfitnah dan mengaibkan tokok politik negara. Tindakan fitnah ini, tegas Choo Keong, diakui oleh Napoleon Kecil tertentu dalam PKR tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Sebaliknya, ujar beliau, tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin PKR yang lain atas perkara yang remeh temeh.[berita penuh...]









RENCANA ATAU PENDAPAT

Rencana & Pendapat2 Pembohongan 16 September
DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.”Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,” itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut. Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada PKR pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.

Saturday, June 27, 2009

AKTIVTI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KEMAMAN

MAJLIS HARI RAYA PUTERI UMNO BAHAGIAN KEMAMAN 2009

Alhamdulilah akhirnya berjaya juga majlis Hari Raya kali nie....cukup meriah dengan kehadiran cukup memberangsangkan....majlis ini dijalankan di Bangunan UMNO Bahagian Kemaman bermula jam 12.00 - 2.00 ptg. Semoga semua berpuashati dan menikmati juadah dengan enaknya.


sibuk melayan tetamu

Ketua Puteri bersama jemputan yang hadir

Amboi...GG sempat lagi bersama anak buahnya Dun Kemasek

Banyaknya bercerita cik pija kita nie...gosip lah tuu

Gambar Kenagan AJK Puteri UMNO Bhg Kemaman
Manis-manis semuanya

-------------------------------------------------------------------------------------------------
PERJUMPAAN YB DATO SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN ( PENGERUSI BADAN KEPIMPINAN UMNO NEGERI TERENGGANU DENGAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN TERENGGANU



-------------------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM BANTERAS RAGUT & ROGOL & TABUNG B2R
DI KUALA LUMPUR


Program ini diadakan khas untuk membanteras ragut dan rogol yang kini semakin berleluas, dengan adanya tabung B2R sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mangsa dan keluarga. Semasa perlancaran ini juga pelbagai aktivit dijalankan seperti seni mempertahankan diri....dan tidak lupa juga ada perlawanan bola jaring dan semestinya Puteri UMNO Kemaman tidak akan lepas peluang, Tahniah diucapkan kepada semua pemain bola jaring Puteri UMNO Kemaman yang mendapat tempat ke 2. Hebat jugak.........





-------------------------------------------------------------------------------------------------
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KEMAMAN KALI KE 8 2009

Alhamdulilah, selesai dengan lancarnya mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman kali ke 8 2009 dengan jayanya....pelbagai usul dan pandangan yang bernas diutara oleh wakil puteri setiap ADUN, SYABAS kini puteri semakin mantap, berani dan berwawasan, jom jenguk2 koleksi yang ada masa mesyuarat kali ke 8 ini.....







----------------------------------------------------------------------------------
Tempat: Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu
Penglibatan: 188 orang AJK Pemuda & Puteri UMNO Bahagian di Seluruh Terengganu.
Perasmian Penutup: Ybhg En Wan AhmadNizam bin Wan Abd Hamid
(SUP MB Terengganu)

Rumusan:
Program yang diadakan berjalan dengan lancar dan betul-betul bermanfaat kepada jawatankuasa Pemuda dan Puteri Bahagian di seluruh Terengganu. Program julung-julung kali diadakan di bawah kepimpinan Pemuda & Puteri UMNO Terengganu yang baru ini bukan sahaja dapat memantapkan ilmu perjuangan malahan yang lebih utama dapat merapatkan hubungan sesama Bahagian UMNO di seluruh Terengganu di peringkat Pemuda & Puteri yang rata-ratanya terdiri daripada muka-muka baru. Kesepaduan dan kesatuan amat jelas terpancar dikalangan jawatankuasa Pemuda & Puteri Bahagian di Seluruh Terengganu.







Majlis Himpunan Pemuda & Puteri

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa Pemuda dan Puteri UMNO Kemaman kerana telah berjaya menganjurkan dengan gilang-gemilang Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri Kemaman dan Penyerahan Borang Dana Bakti Remaja 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman pada 16 Jun 2009. Majlis telah di sempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman.








Saturday, June 13, 2009

Program Hari Ibu

Program Hari Ibu anjuran Puteri UMNO Kemaman, pada 11 Mei 2009 di Hospital Besar Kemaman...di sampaikan oleh Datin Wan Zaharah isteri kepada YB ADUN Cukai ....alhamdulilah program berjalan lancar dan terima kasih kepada semua ajk yang turut serta.....................SELAMAT HARI IBU


Datin Wan Zaharah memberi hamper ke kaum ibu
Mendengar rintihan kaum ibu
Kenangan bersama Naib Wanita UMNO Kemaman dan ajk pu3

sukanya k.gie...alah k.senah siap kacip gigi geram lah tuuu


Lawatan ke Hospital Besar Terengganu

Dalam sibuk2 persidangan cawangan, program2, Ketua Puteri Bahagian Kemaman dan Ajk sempat jugak pergi melawat ahli puteri yang terlantar sakit di Hospital Besar Kuala Terengganu.....prihatin betul lah....



Apa yang dipikir kan ye? Sedih je Kp



emmmmmm....mesti ada yang lucu nie



Prihatin tul lah.....syabas

tekun mendengar rintihan........



tengah makan......jgn mengecek lah ye

Wednesday, May 20, 2009


Program Hari Potensi KEMAS Peringkat Daerah Kemaman yang berlangsung pada 1-2 Mei 2009 di Taman Awam Cukai, Kemaman. AJK Puteri UMNO Bahagian Kemaman dijemput untuk menyertai perlawanan futsal.....bukan calang2 tau hebat jugak ajk2 pu3 bermain.....hehehehe.............


Perlawanan antara Pu3 Bhg dan Pu3 Cawangan


Emmm......inilah jurulatih merangkap jurulEtih futsal pu3 bhg memmmmang....... bersemangatlah sampai tercungap-cungap!


Kejar jgn tak kejar bola tuuu.......



Senyum je Ketua pu3 tengok kamera....same dengan ajk die..... senyum sokmo....






Ketua Pu3 bersama penduduk Kg. Lubuk Lesung dalam program sukaneka.




Penyampaian Hadiah


Cenderahati dari Ketua Cawangan Kg.Lubuk Lesung utk Pu3 Bhg.....
Dragon Fruit....sedapnyeeeee....




PENYERAHAN VAN PU3 UMNO BHG KEMAMAN

Akhirnya dapat juga sebuah van khas untuk Pergerakan Pu3 UMNO Bhg Kemaman....sweetlah....emmmm dengan adanya van nie mudahlah pu3-pu3 nak buat aktiviti. Ni sesi bergambar selepas terima van. Posing sakan KP.


AKTIVITI MEMBERSIH RUMAH WARGA EMAS DI KG. PAMAN

Pada bulan April baru-baru ini, pu3 kemaman telah turun padang ke Kg.Paman untuk membantu seorang warga emas yang merupakan bekas Ketua Cawangan kampung tersebut, cukup meriah sekali, walaupun penat tapi semua gembira dan enjoy............meh kita silau mcm2 ragamlah.............

Ketua pu3 telah bagi tugas kpd semua ajk



SUK Senah suka sgt dok atas kerusi roda...



Rehat jap.....penat jugak ye.....

Memang sakan lah membersihnya


Suka sgt KP dan kak ya membasuh

Inilah dia tuan rumah bersama isterinya...oppssssssss ajk pu3 bahagianlah


Sampai dinding pun sapu tau....rajin tul naib ngan k.penerangan